Wanita
itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang
masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan
bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka
tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah
nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di
kalangan orang Arab.
Dia
pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak
kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka,
nescaya aku bunuh diriku."
Setelah
Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan
untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang
putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani.
Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan
kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan
takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada
tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur
untuk menentang Farsi.
Semua
Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu.
Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang
bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah
nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian
kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia,
sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang
wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah
memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu,
dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang
disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu.
Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa."
Kemudian
Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai
orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang
beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat
bonda yang disayanginya.
Seterusnya
Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan
selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua
pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api
pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang
bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi
perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung
yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh
esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing
untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga
Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas
panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja
semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada
hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam
melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat
tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat
dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut.
Sambil
mengibas- ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman
itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang
keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan
sedikit masa lagi."
Kemudian
ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak
kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang
berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua
kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur,
segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat
keluarga Kaisar musnah."
Anak
Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak
goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam
hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir
sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang- abangnya.
Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan
bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya,
dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah
keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga
diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran
terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada
mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan,
sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak
itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata
dan bahagian-bahagian lainnya.
Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari
lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air
sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya
sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat
Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur.
Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih
kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang
adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang
menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui
syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak
bergoncang.
Al-Khansa
terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan
mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan
aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula
ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan
mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan
itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang
ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
No comments:
Post a Comment