Mendengar jawapan
itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya
gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata,"
Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia
diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka
berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua
sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk
orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut.
Awan itu ternyata condong dan terus
menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi
hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas
bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu
berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang
yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun
berada di situ."
No comments:
Post a Comment