'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur
sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti
ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s.
Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Ada
yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia
akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian
memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri,
maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu
tenggelam di dalam air kencingnya.
Apabila
Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk
membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk
memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa
tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia
mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya
supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum
sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada
askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu
berlian dan meletakkannya di atas gunung yang di junjung oleh 'Auj. Dengan
kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang di junjung oleh 'Auj
sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu,
akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.
Dikatakan
bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya
juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai
mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan
akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta
memiliki kekuatan yang hebat.
No comments:
Post a Comment