Umar
r.a. adalah salah seorang dari sahabat Rasulullah S.A.W. Semenjak beliau
memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar.
Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan.
Umar
r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar
r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada
Rasulullah S.A.W, "wahai Rasulullah S.A.W apakah kehidupanku telah
mencerminkan surah Al- Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan
ke surah berikutnya".
Rasulullah
S.A.W menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama
sesuai dengan kehendak Allah SWT. kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat
di Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada
hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa
ayat Al-Quran lainnya.
Rasulullah
S.A.W seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mi’raj
menghadap Allah SWT. Beliau S.A.W sering pula menceritakan bagaimana keadaan
syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya.
Suatu
hari ketika Rasulullah S.A.W dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS
memperlihatkan kepada Beliau S.A.W taman-taman syurga. Rasulullah S.A.W melihat
ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang
begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat
pemalu.
Rasulullah
S.A.W bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah
itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah
diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".
Pernah suatu hari ia
membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan
untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari
yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas
matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki
sifat yang sangat pemalu. kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah
SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan
apa yang dikehendaki hatinya".
No comments:
Post a Comment