Dalam
sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di
Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang
melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting.
Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila
seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun
yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda
Rasulullah mengatakan "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di
Arafah)
Rupanya
lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam
istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji
batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah
bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah
dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu
itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah
datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan
pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk
ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu
daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba
seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut.
Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua
malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya.
Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak
memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana
saja dia pergi.
Akhirnya
habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan
menyeksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak
lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor
tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya.
Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki
neraka.
Kemudian
dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang
bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau
kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku
akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang
engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba
pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat
syahadat yang diucapkannya dahulu.
No comments:
Post a Comment