Pada
zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul
Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan
berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan
secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan
bersedih hati."
Tiba-tiba
wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah
katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita
dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal
ini."
Abu
Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih
kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain
dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan,
tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku,
sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab
adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
“Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya
itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan
lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi
mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk
keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi
air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke
badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang
telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai
menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka
semua."
Lalu
Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua
musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada
seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia
menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan
memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun
mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana
itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil
kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek
baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan
sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi
pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba
Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
No comments:
Post a Comment