Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W
telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu
Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran."
Telah
bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti
dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat
memerlukannya."
Ia akan
datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu
kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka
berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian
berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-
Qur’an?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal
di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada
kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat
ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari
manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu
dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-
Quran."
No comments:
Post a Comment