Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua
sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang
seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.
Apabila
orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu
menangis?"
Maka
berkata anak kecil itu, "Wahai
pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang
berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai
orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya
menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata
orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu
terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata
anak kecil itu, "Wahai
pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang
menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah
ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang
besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar
orang dewasa."
Berkata
orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut
kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami
nanti?"
No comments:
Post a Comment