Rasulullah S.A.W.
telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya
solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahawa : "10 orang
solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang
lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi
makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan
perbuatan yang keji dan
mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata "Kalau
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment