Diriwayatkan
bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat,
kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila
Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai
orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka
berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah, ayah saya telah meninggal dunia
dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi
hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang
hitam."
Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun
berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk
manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat
tersebut.
Apabila
mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia di dunia dulu?"
Berkata
orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di
zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa
ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu
para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?"
Berkata
ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1.
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2.
Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.
Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
No comments:
Post a Comment